Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Jumaat, Mac 23, 2007

SIAPA DIRI ANDA?

Adakah anda kenal diri anda?

ini adalah persoalan yang perlu dijawab sendiri oleh kesemua orang tak kira tua atau muda. Persoalan ini agak sukar dijawab oleh diri masing-masing. Tanpa Ilmu dan pengalaman, kita dapati diri kita masih keliru apa kehendak dan keperluan diri. Kita terumbang ambing dalam mencari dan terus mencari siapakah diri kita yang sebenarnya. Kita mengakui kita sebagai hamba kepada pencipta tetapi adakah kita melaksanakan tugas yang di amanahkan? tepuk dada tanya iman.

Didapati apabila seseorang telah mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri selalunya akan berada di puncak kejayaan, kegemilangan, dihormati oleh kawan dan lawan. mereka ini yang mengenali diri sendiri ini berada dalam mana-mana lapangan hidup. apabila dikaji, mereka ini bukanlah seimbang pada ketika melangkah kejayaan tetapi melalui pelbagai cabaran, halangan, mehnah dan tribulasi tetapi dengan keyakinan percaya pada diri sendiri dan kenal diri sendiri telah terbukti banyak membantu mereka menuju kejayaan! JADI..... sekiranya anda ingin berjaya anda haruslah kenal diri sendiri. Dalam drama KYLE XY dia telah mengatakan bahawa bagaimana dia memanipulasi minda separa sedarnya? Dia berkata ia bukanlah kerana kita bijak ilmu matematik,main monopoli dan sebagainya tetapi kerana dia telah KENAL DIRI SENDIRI! itu sahaja. Minda separa sedar lebih hebat dari sebuah komputer!

itu sahaja coretan saya sekian terima kasih......