Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Khamis, Mei 01, 2008

Hari Pekerja

Salam sejahtera par pelawat sekalian.

Hari ini kita cuti sempena Hari pekerja 1 mei 2008. Cuti umum seluruh negara. Sebelum ini presiden ceupacs memberi amaran akan boikot sambutan hari pekerja sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan bayaran honorarium, melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dan banyak lagi tuntutan-tuntutan lain.

Akan tetapi apabila digertak oleh perdana menteri malaysia apabila ditemeuramah oleh wartawan TV3 nampaknya dia memberi komen dengan nada gugup dan gagap. saya fikir dalam hati takut juga rupanya. Baca dalam paper sebelum itu lantang dan berpendirian!

Apabila pertemuan diadakan bersama PM dan keluar kenyataan bahawa kerajaan tidak akan memberi honorarium rm2000 tetapi bersetuju dengan akan melaksanakan tuntutan lain dalam 'masa terdekat' entah bila akan dilaksanakan tidak pula diketahui. harap-harap ia akan akan menjadi kenyataan tahun ini. Bukankah PM suka dengan dengan angka-angka ni?

Pada pandangan saya, tuntutan melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun adalah tidak praktikal dalam situasi sekarang. Kerana apa? Kerana pengambilan pekerja-pekerja baru dalam perkhidmatan awam akan lembap kerana ramai yang belum pencen! Angka rasmi jumlah pengangguran 80 ribu tetapi saya percaya ia lebih dari itu. Cuba kita jumlahkan berapa IPTA di malaysia. sekali konvokesyen untuk setiap IPTA sekitar 4ribu orang. kalau didarab dengan berbelas2 IPTA berapa setahun yang grade? Andaikata pihak kerajaan meluluskan tempoh perlanjutan kepada 60 tahun, masalah pengangguran akan makin bertambah-tambah. sekiranya kerajaan membuat option temph lanjutan itu kepada taraf kontrak, saya percaya ramai kakitangan awam akan memilih option kontrak juga.

jadi saya tidak bersetuju dengan permintaan ceupacs supaya kerajaan melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dengan alasan kerajaan akan rugi kerana kepakaran yang ada pada pekerja-pekerja senior.