Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Ahad, Disember 14, 2008

Setahun 2008

tahun 2008 tidak lama lagi akan berakhir. Bermacam2 benda yang nak dibuat untuk tahun 2009. ada yang berazam nak buat itu, nak buat ini, tetapi bila berakhir 2008 apakah perkara yang ingin kita buat dulu kita dah buat atau baru nak buat atau tidak buat langsung? tepuk dada tanya tindakan.

Pada saya tahun 2008 banyak memberi pengalaman baru. bermula dari penghijrahan jauh nun di bumi kenyalang.. menetap di sana, dapat kerja tetap di sana dan bermacam2 lagi. semua itu anugerah nikmat dan rezki dari allah kepada hambanya yang berusaha.

Sebelum menetap di sana bermacam2 timbangan seperti nak kerja apa di sana, sesuai tak aku menetap di sana dan bermacam2. Tetapi atas tekad rezki allah itu luas aku tinggalkan semua itu. berhenti kerja, jual motor dan packing barang2 terus terbang ke bumi kenyalang. Tidak lama aku berada di sana aku berusaha cari kerja dan alhamdulilah aku dapat ngaja ganti.

Selasa, November 04, 2008

Panjat pokok

sudah lama aku tak memanjat pokok rambutan nih! minggu lepas ade cikgu sekolah bini aku ajak makan rambutan di rumahnya di bako seberang. Aku on je. pagi2 hari sabtu aku bertolak ke bako. 10 minit dah sampai di jeti bako. naik bot tambang 30sen tapi aku bagi rm1.50 untuk 3 orang. saje niat nak bagi.

sampai rumahnya aku dijamu dengan mee jawa dulu. makan2, borak2 dulu lepas kami bersama2 jalan kaki ke kebunnya tak jauh dari rumah. Jauh la jugak jalan kaki nun di hujung tanjong. sepanjang jalan baru ku dapat melihat suasana dusun dengan rambutan masak lebat! ade kuning, baru nak masak, merah tunggu nak gugur, ade yang sedang2 waktu sesuai untuk di petik. Banyak juga pohon terap dalam kebun. Pertama kali aku dengar buah ni dan bentuknya macam buah sukun.

akhirnya aku sampai di kebun cikgu tu. Banyak rambutan tengah masak sesuai untuk di petik. maka....sesampai di kebun aku terus panjat mcm gian la pulak.... bersama aku bawa galah. bila dah sakit tangan pedih dek tali yang ditarik,,,, aku minta parang dan aku tutuh je dahan yang ade buah. hambik ko baru cepat keje aku. sambil petik aku kekoh makan skali buah rambutan atas pokok! hehe macam aku buat masa jadi budak2 sekolah dulu... punyelah sedap rambutan anak sekolah nih manis... aku makan sepuashati sebab dekat satok mahal rm3 seikat dlm 12 biji gitu.... ni dapat makan free dan segar lagi! akhirnya dapatlah dalam 10 guni gula kami petik.

Sabtu, Julai 26, 2008

Sekolah...

salam sejahtera pelawat sekalian. Hari ini hari sabtu. Kebanyakan sekolah di sini akan membuka sekolah sebagai cuti berganti untuk cuti hari raya puasa nanti. Sekolah hari sabtu ni rasa kurang seronok mengajar mungkin disebabkan 'mood cuti' pada hari sabtu. Kebiasaannya sekolah saya menggunakan jadual waktu hari khamis kerana masa mengajar habis pukul 1 tengahari. Ada juga pihak sekolah menggunakan jadual waktu hari jumaat untuk membaut gotong royong membersihkan kawasan sekolah luar dan dalam. kebersihan dan kekemasan adalah penting kepada proses psikologi murid-murid dan guru. jikalau kawasan bersih akan mewujudkan rasa selesa dan bermotivasi untuk belajar dan mengajar. Bayangkan apabila bilik guru penuh dengan alatan sukan, kad-kad sempena hari guru, barang-barang terpakai PPSMI dan segala macam barang-barng peribadi guru-guru yang bersepah akan menyebabkan otak kita berserabut.

apa lagi haa....? ok bersambung.

Ahad, Julai 20, 2008

Pagi yang indah.

my to do list hari ini..


1- pegi pasar beli sayur
2- janji dengan anak makan roti canai pagi ini.
3- survey laptop dekat wisma saberkas
4- bawa anak ke taman tengok ikan....
5- basuh kereta.

bagaimana list anda hari ini? mungkin ia lebih hebat atau lebih simple dari itu?
ada teknik lain? bolehlah kongsi dengan saya dan tinggalkan komen anda.

Rabu, Julai 09, 2008

Di Pagi Subuh ini

alhamdulillah bangun pagi saya masih bernyawa. Syhukur alhamdulillah. sekadar ingatan kepada saya yang selalu lupa... dan kepada pelawat sekalian..

Apabila kita tidur waktu malam, syaitan akan 'ikat' kita dengan tiga simpulan yang kuat. macamana cara kita nak buka ikatan itu?

pertama apabila bangun pagi kita ucapkan syukur alhmadulillah dan baca doa bangun tidur. Kalau malas sangat, ucap sahaja 'alhamdulillah' - terbuka satu ikatan.
kedua kita kena ambil wudu' atau air sembahyang - terbuka ikatan kedua.
ketiga ialah kita angkat takbir dan sembahyang subuh... - terbukalah ikatan ketiga.

jadi..... bagaimanakah rupa ikatan yang tersimpul setiap hari kalau kita tidak lakukan ketiga-tiga perkara tersebut? Wallu a'lam. Apakah perkara ini menyebabkan kita asyik mengantuk sahaja?

jadi benda baik dan elok kita lakukan sahaja tanpa memikirkan kemalasan. gerakkan mulut anda dan sebutlah kalimah syukur dan gerakkan anggota fizikal anda terus tunaikan kewajipan solat anda. anda tidak perlu memikirkan pertimbangan baik buruk kerana didalamnya benda yang positif. Terserahlah pada allah untk menilai amalan kita.

Ikhlaskan diri anda dan... Selamat Beramal!

Selasa, Julai 08, 2008

Hari ini hari Selasa

ok hari ini macam biasa saya ke sekolah sekejap lagi. Cerita mengenai sekolah ini maklumlah macam2 karenah murid. Buat bising satu hal. Tidak sah kalau tak bising dalam kelas waima ketika cikgu mengajarpun. Atas kebijaksanaan kitalah cara yang terbaik untuk control kelas dalam satu masa tertentu. Nama lagi budak-budak kan cikgu...

Saya rasa tentu bila bergelar cikgu ada banyak pengalaman ketika mengajar dalam kelas terutama tahap 1 (tahun 1-3). Cikgu yang tak pernah mengajar tahap 1, pening kepala kalau diberi mengajar tahun 1. Kekadang kita kena mengajar ikut mood mereka. Sakit hati pun ada tiba-tiba muncung,menangis tak tentu pasal... jadi pengajaran dalam kelas terganggu dek ada yang moody... kena pujuk dulu. tumpu sebentar pada mereka sekiranya tak makan saman, biarkan lah yang moody tu. Masa saya bukan untuk yng moody. Masa saya untuk yang mahu belajar. Tak adil bagi yang mahu belajar. Mencuri masa mereka.

Ahad, Julai 06, 2008

To do List

satu yang indah hari ini bangun dan duduk di meja tulis apa yang nak buat hari ini...

ok ini sedikit to do list saya hari ini.

- ke pasar beli sayur dan ayam
- ke kedai potostat rph
- beli roti
- basuh kereta
- habiskan baca buku pinjaman dari DBP.
- ambil duit utk claim potostat


Sabtu, Julai 05, 2008

Sepagi yang mencabar!

Hari ini aku tiada plan apa-apa jadi aku godek blog lama aku ini. Maka, jadilah blog ini sedemikian rupa. Sekarang sudah menunjukkan pukul 12.30 tenghari. Kira-kira tiga jam jugalah aku menggodek blog ini. dari new template, font header and colour, page element, video bar, feedjit, shortcut YM, dan lain-lain, pakcik Google banyak membantu aku 'design' web blog ini.

Sebelum ini web blog ini nampak usang dengan warna biru gelap menambahkan lagi ke usang ngannya lebih-lebih lagi sudah lama tidak di tambah dengan artikel,celoteh yang baru.

Jika ada komen dan cadangan, saya alu-alukan untuk nampak lebih baik.

Khamis, Mei 01, 2008

Hari Pekerja

Salam sejahtera par pelawat sekalian.

Hari ini kita cuti sempena Hari pekerja 1 mei 2008. Cuti umum seluruh negara. Sebelum ini presiden ceupacs memberi amaran akan boikot sambutan hari pekerja sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan bayaran honorarium, melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dan banyak lagi tuntutan-tuntutan lain.

Akan tetapi apabila digertak oleh perdana menteri malaysia apabila ditemeuramah oleh wartawan TV3 nampaknya dia memberi komen dengan nada gugup dan gagap. saya fikir dalam hati takut juga rupanya. Baca dalam paper sebelum itu lantang dan berpendirian!

Apabila pertemuan diadakan bersama PM dan keluar kenyataan bahawa kerajaan tidak akan memberi honorarium rm2000 tetapi bersetuju dengan akan melaksanakan tuntutan lain dalam 'masa terdekat' entah bila akan dilaksanakan tidak pula diketahui. harap-harap ia akan akan menjadi kenyataan tahun ini. Bukankah PM suka dengan dengan angka-angka ni?

Pada pandangan saya, tuntutan melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun adalah tidak praktikal dalam situasi sekarang. Kerana apa? Kerana pengambilan pekerja-pekerja baru dalam perkhidmatan awam akan lembap kerana ramai yang belum pencen! Angka rasmi jumlah pengangguran 80 ribu tetapi saya percaya ia lebih dari itu. Cuba kita jumlahkan berapa IPTA di malaysia. sekali konvokesyen untuk setiap IPTA sekitar 4ribu orang. kalau didarab dengan berbelas2 IPTA berapa setahun yang grade? Andaikata pihak kerajaan meluluskan tempoh perlanjutan kepada 60 tahun, masalah pengangguran akan makin bertambah-tambah. sekiranya kerajaan membuat option temph lanjutan itu kepada taraf kontrak, saya percaya ramai kakitangan awam akan memilih option kontrak juga.

jadi saya tidak bersetuju dengan permintaan ceupacs supaya kerajaan melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dengan alasan kerajaan akan rugi kerana kepakaran yang ada pada pekerja-pekerja senior.