Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Sabtu, Julai 26, 2008

Sekolah...

salam sejahtera pelawat sekalian. Hari ini hari sabtu. Kebanyakan sekolah di sini akan membuka sekolah sebagai cuti berganti untuk cuti hari raya puasa nanti. Sekolah hari sabtu ni rasa kurang seronok mengajar mungkin disebabkan 'mood cuti' pada hari sabtu. Kebiasaannya sekolah saya menggunakan jadual waktu hari khamis kerana masa mengajar habis pukul 1 tengahari. Ada juga pihak sekolah menggunakan jadual waktu hari jumaat untuk membaut gotong royong membersihkan kawasan sekolah luar dan dalam. kebersihan dan kekemasan adalah penting kepada proses psikologi murid-murid dan guru. jikalau kawasan bersih akan mewujudkan rasa selesa dan bermotivasi untuk belajar dan mengajar. Bayangkan apabila bilik guru penuh dengan alatan sukan, kad-kad sempena hari guru, barang-barang terpakai PPSMI dan segala macam barang-barng peribadi guru-guru yang bersepah akan menyebabkan otak kita berserabut.

apa lagi haa....? ok bersambung.

Ahad, Julai 20, 2008

Pagi yang indah.

my to do list hari ini..


1- pegi pasar beli sayur
2- janji dengan anak makan roti canai pagi ini.
3- survey laptop dekat wisma saberkas
4- bawa anak ke taman tengok ikan....
5- basuh kereta.

bagaimana list anda hari ini? mungkin ia lebih hebat atau lebih simple dari itu?
ada teknik lain? bolehlah kongsi dengan saya dan tinggalkan komen anda.

Rabu, Julai 09, 2008

Di Pagi Subuh ini

alhamdulillah bangun pagi saya masih bernyawa. Syhukur alhamdulillah. sekadar ingatan kepada saya yang selalu lupa... dan kepada pelawat sekalian..

Apabila kita tidur waktu malam, syaitan akan 'ikat' kita dengan tiga simpulan yang kuat. macamana cara kita nak buka ikatan itu?

pertama apabila bangun pagi kita ucapkan syukur alhmadulillah dan baca doa bangun tidur. Kalau malas sangat, ucap sahaja 'alhamdulillah' - terbuka satu ikatan.
kedua kita kena ambil wudu' atau air sembahyang - terbuka ikatan kedua.
ketiga ialah kita angkat takbir dan sembahyang subuh... - terbukalah ikatan ketiga.

jadi..... bagaimanakah rupa ikatan yang tersimpul setiap hari kalau kita tidak lakukan ketiga-tiga perkara tersebut? Wallu a'lam. Apakah perkara ini menyebabkan kita asyik mengantuk sahaja?

jadi benda baik dan elok kita lakukan sahaja tanpa memikirkan kemalasan. gerakkan mulut anda dan sebutlah kalimah syukur dan gerakkan anggota fizikal anda terus tunaikan kewajipan solat anda. anda tidak perlu memikirkan pertimbangan baik buruk kerana didalamnya benda yang positif. Terserahlah pada allah untk menilai amalan kita.

Ikhlaskan diri anda dan... Selamat Beramal!

Selasa, Julai 08, 2008

Hari ini hari Selasa

ok hari ini macam biasa saya ke sekolah sekejap lagi. Cerita mengenai sekolah ini maklumlah macam2 karenah murid. Buat bising satu hal. Tidak sah kalau tak bising dalam kelas waima ketika cikgu mengajarpun. Atas kebijaksanaan kitalah cara yang terbaik untuk control kelas dalam satu masa tertentu. Nama lagi budak-budak kan cikgu...

Saya rasa tentu bila bergelar cikgu ada banyak pengalaman ketika mengajar dalam kelas terutama tahap 1 (tahun 1-3). Cikgu yang tak pernah mengajar tahap 1, pening kepala kalau diberi mengajar tahun 1. Kekadang kita kena mengajar ikut mood mereka. Sakit hati pun ada tiba-tiba muncung,menangis tak tentu pasal... jadi pengajaran dalam kelas terganggu dek ada yang moody... kena pujuk dulu. tumpu sebentar pada mereka sekiranya tak makan saman, biarkan lah yang moody tu. Masa saya bukan untuk yng moody. Masa saya untuk yang mahu belajar. Tak adil bagi yang mahu belajar. Mencuri masa mereka.

Ahad, Julai 06, 2008

To do List

satu yang indah hari ini bangun dan duduk di meja tulis apa yang nak buat hari ini...

ok ini sedikit to do list saya hari ini.

- ke pasar beli sayur dan ayam
- ke kedai potostat rph
- beli roti
- basuh kereta
- habiskan baca buku pinjaman dari DBP.
- ambil duit utk claim potostat


Sabtu, Julai 05, 2008

Sepagi yang mencabar!

Hari ini aku tiada plan apa-apa jadi aku godek blog lama aku ini. Maka, jadilah blog ini sedemikian rupa. Sekarang sudah menunjukkan pukul 12.30 tenghari. Kira-kira tiga jam jugalah aku menggodek blog ini. dari new template, font header and colour, page element, video bar, feedjit, shortcut YM, dan lain-lain, pakcik Google banyak membantu aku 'design' web blog ini.

Sebelum ini web blog ini nampak usang dengan warna biru gelap menambahkan lagi ke usang ngannya lebih-lebih lagi sudah lama tidak di tambah dengan artikel,celoteh yang baru.

Jika ada komen dan cadangan, saya alu-alukan untuk nampak lebih baik.