Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Selasa, September 20, 2005

Akhir nye...

kelmarin aku lepas interview kpli-jqaf.

topik yg ditnya ttentang keruntuhan moral di kalangan remaja.

mengapa n bagaimana nak atasi masalah itu....
maka bermula lah sesi perbincangan secara grouping sblm interview individu...

apa yg kami dapat ttg mengapa ia masih berlaku???
1- pemantauan ibu bapa kurang- sibuk
2- kurangnya jati diri remaja.
3- hiburan yg tak terkawal-kita disajikan dengan banyak program realiti tv.
4- pengaruh dr rakan yg tak baik....mereka sama2 melepak dan hisap rokok..pastu mereka melakukan vandalisme...jenayah. pernah berlaku kereta guru dibakar.
5- nipisnya pegangan agama mereka-walaupun di terapkan disekolah dengan ilmu agama tetapi penghayatan mereka tidak ada.

dan bagaimana cara nak mengatasinya...?
1- dengan kewujudan PLKN diharap dapat membantu membentuk jati diri dlm diri remaja-ia adalah satu program peringkat negara yg baik-perlu di perkemaskan lagi program yg sedia ada.
2- melalui kemntrian pembangunan wanita dan keluarga, kita boleh mewujudkan konsep 'bekerja dari rumah'. jadi disini si ibu boleh memantau pergerakan anak mereka dari dekat.
3- perlu di hidupkan semula program 'rakan masjid' dengan mempelbagaikan program supaya masa remaja di isi dengan input2 yang berfaedah.
4- menapis bahan2-bahan bercetak dan elektronik dalam menghidangkan remaja dengan bahan-bahan yg tidak bermoral,berunsur lucah dan meyekat program-program yg bertentangan dengan nilai budaya,agama,moral masyarakat setempat walaupun ia mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana sebab akibat dan kesannya amat buruk.
5- ------------? masa dah habis.

kesimpulan???nye.

semua pihak harus berganding bahu. tidak harus ade sikap tuduh menuduh.

Interview individu...lak
soalan yg di tanya oleh penemuduga.

1-ceritakan pada saya sejak anda menjejakkan kaki ke kuala lumpur. pengalaman anda ketika berada di kuala lumpur dalam bahasa arab! -aku jawab ape yg aku boleh jawab aje..
2-ape dia sekolah wawasan?
3-bagaimana nak meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perguruan


ujian amali al-qur'an.

baca satu muka surat al-qur'an n penemuduga tanya tajwid

apa yang aku kene tajwid;...
1- mad asli mutlak
2- mad iwad
3- mad lazim kalimi muthaqqal
4- igham ma'alghunnah
5- iqlab
6- lkhfa shafawi

tanda dalam rasm uthmani

-huruf mim ekor panjang n ekor ke bawah(iqlab)
-tanda 3 titik.
-pembahagian wakaf

last sekali, mereka tanya dlm al-qur'an ade berapa juzu', berapa surah dan berapa ayat?

itu sahaja yg ditanya... ada komen? ada nak tambah? SILAKAN....

sekian dari aku.

Tiada ulasan: