Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Sabtu, Julai 26, 2008

Sekolah...

salam sejahtera pelawat sekalian. Hari ini hari sabtu. Kebanyakan sekolah di sini akan membuka sekolah sebagai cuti berganti untuk cuti hari raya puasa nanti. Sekolah hari sabtu ni rasa kurang seronok mengajar mungkin disebabkan 'mood cuti' pada hari sabtu. Kebiasaannya sekolah saya menggunakan jadual waktu hari khamis kerana masa mengajar habis pukul 1 tengahari. Ada juga pihak sekolah menggunakan jadual waktu hari jumaat untuk membaut gotong royong membersihkan kawasan sekolah luar dan dalam. kebersihan dan kekemasan adalah penting kepada proses psikologi murid-murid dan guru. jikalau kawasan bersih akan mewujudkan rasa selesa dan bermotivasi untuk belajar dan mengajar. Bayangkan apabila bilik guru penuh dengan alatan sukan, kad-kad sempena hari guru, barang-barang terpakai PPSMI dan segala macam barang-barng peribadi guru-guru yang bersepah akan menyebabkan otak kita berserabut.

apa lagi haa....? ok bersambung.

Tiada ulasan: