ok hari ini macam biasa saya ke sekolah sekejap lagi. Cerita mengenai sekolah ini maklumlah macam2 karenah murid. Buat bising satu hal. Tidak sah kalau tak bising dalam kelas waima ketika cikgu mengajarpun. Atas kebijaksanaan kitalah cara yang terbaik untuk control kelas dalam satu masa tertentu. Nama lagi budak-budak kan cikgu...
Saya rasa tentu bila bergelar cikgu ada banyak pengalaman ketika mengajar dalam kelas terutama tahap 1 (tahun 1-3). Cikgu yang tak pernah mengajar tahap 1, pening kepala kalau diberi mengajar tahun 1. Kekadang kita kena mengajar ikut mood mereka. Sakit hati pun ada tiba-tiba muncung,menangis tak tentu pasal... jadi pengajaran dalam kelas terganggu dek ada yang moody... kena pujuk dulu. tumpu sebentar pada mereka sekiranya tak makan saman, biarkan lah yang moody tu. Masa saya bukan untuk yng moody. Masa saya untuk yang mahu belajar. Tak adil bagi yang mahu belajar. Mencuri masa mereka.
Selasa, Julai 08, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan