Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Powered by Blogger

Rabu, Julai 09, 2008

Di Pagi Subuh ini

alhamdulillah bangun pagi saya masih bernyawa. Syhukur alhamdulillah. sekadar ingatan kepada saya yang selalu lupa... dan kepada pelawat sekalian..

Apabila kita tidur waktu malam, syaitan akan 'ikat' kita dengan tiga simpulan yang kuat. macamana cara kita nak buka ikatan itu?

pertama apabila bangun pagi kita ucapkan syukur alhmadulillah dan baca doa bangun tidur. Kalau malas sangat, ucap sahaja 'alhamdulillah' - terbuka satu ikatan.
kedua kita kena ambil wudu' atau air sembahyang - terbuka ikatan kedua.
ketiga ialah kita angkat takbir dan sembahyang subuh... - terbukalah ikatan ketiga.

jadi..... bagaimanakah rupa ikatan yang tersimpul setiap hari kalau kita tidak lakukan ketiga-tiga perkara tersebut? Wallu a'lam. Apakah perkara ini menyebabkan kita asyik mengantuk sahaja?

jadi benda baik dan elok kita lakukan sahaja tanpa memikirkan kemalasan. gerakkan mulut anda dan sebutlah kalimah syukur dan gerakkan anggota fizikal anda terus tunaikan kewajipan solat anda. anda tidak perlu memikirkan pertimbangan baik buruk kerana didalamnya benda yang positif. Terserahlah pada allah untk menilai amalan kita.

Ikhlaskan diri anda dan... Selamat Beramal!

Tiada ulasan: